Saja Nak Terlibat Sekali

•September 4, 2009 • Leave a Comment

http://pathetic-minded.blogspot.com

saja nak menguploadkan beberapa images yang aku kumpul sedikit sebanyak ketika di UiTM Kedah ni. enjoy. :-)

Bila Kita Pandang Sekali

•August 24, 2009 • Leave a Comment

ah. lelaki perempuan di tempat gelap. mesti nak buat maksiat.
ah. peguam tu perut dia buncit. mesti makan rasuah.
ah. student tu datang sekolah naik kereta sendiri. mesti anak manja.
ah. anak dara tu tak reti memasak lagi. mesti kahwin lambat nanti.
ah. Ben bergaul dengan budak2 lelaki suka jamming. mesti dia budak liar.

nauzubillahiminzalik. apa nak jadi? semua benda kau nak tuduh jahat. pernah kau terfikir apa yang orang fikirkan pasal kau nanti?

lelaki perempuan tu suami isteri baru kahwin. saja nak mengimbau tempat dating kali pertama.
peguam tu senang hati, isteri baik, anak cerdik. itu yang dia makan melampau sikit.
student tu tak nak susahkan mak ayah dia yang bekerja untuk hantar dia, jadi dia belilah kereta secondhand, guna duit sendiri.
anak dara tu baru umur 19, tapi dah sambung degree. masak memasak ni boleh belajar sebulan lebih aja. anak kau, boleh ambil degree dalam masa sebulan?
budak2 lelaki yang suka jamming tu, graduan2 Maktab Rendah Sains Mara tahu? SPM mereka 6A1 ke atas. kritikal thinking mereka amat bernas! solat mereka jarang terlepas…kau, ingat nak solat bila dah mula tengok bola? isyak pun pukul 4 pagi entah2…

jangan fikir orang itu sebagaimana kita fikir orang itu. setiap orang ada sifat positif masing2. cuba kita tengok seseorang tu dari sikap positif dulu sebelum nak bertukar kepada negatif. ok?

Aku Tak Boleh Begini

•August 24, 2009 • Leave a Comment

bila aku tengok2 balik, post2 lama aku semuanya macam tak matang, kan? semuanya seolah aku sedang ligat bercerita tentang diri aku sendiri. tak berfikir tentang keadaan sekeliling aku langsung.

ish, tak boleh macam ni. aku kena matang. aku kena mengikut pergerakan waktu. aku tak boleh bercakap tanpa berfikir dulu. aku tak boleh menulis dengan meluru2.

hidup aku pun kena matang selari dengan pemikiran aku. aku kena jaga penampilan aku. aku tak boleh selekeh macam dulu. aku kena matang dalam mengatasi masalah2 aku.

aku tak boleh berharap pada orang lain atau keajaiban untuk membantu aku di saat aku buntu. siapalah aku untuk dibantu dengan percuma? bukan lagi anak guru yang suka menyalah guna kuasa hanya kerana ibunya penolong kanan.

hmm. bila aku renung2 semula, banyak perkara yang berlaku dalam masa yang singkat ni. kawan2 aku ramai yang dah pergi belajar jauh2. bila bercakap dah hilang slanga kampung halaman. aku pun macam tu. takkanlah dalam mahkamah nak keluarkan bahasa dialek batu kurau kan?

jadinya aku harap, jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik. agar aku dapat capai apa yang aku mahukan. dan semoga aku tidak lalai dengan kesenangan dan melupakan susah payah yang aku lalui untuk sampai kepada di mana aku berdiri hari ini dan di mana letak kakiku satu hari nanti. insyaALLAH.

Thinking of You

•July 16, 2009 • Leave a Comment

Comparisons are easily done
Once you’ve had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one
I still got the seed

You said move on
Where do I go
I guess second best
Is all I will know

Cause when I’m with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes

You’re like an Indian summer
In the middle of winter
Like a hard candy
With a surprise center
How do I get better
Once I’ve had the best
You said there’s
Tons of fish in the water
So the waters I will test

He kissed my lips
I taste your mouth
He pulled me in
I was disgusted with myself

Cause when I’m with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into…

You’re the best
And yes I do regret
How I could let myself
Let you go
Now the lesson’s learned
I touched it I was burned
Oh I think you should know

Cause when I’m with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes
Looking into your eyes
Looking into your eyes
Oh won’t you walk through
And bust in the door
And take me away
Oh no more mistakes
Cause in your eyes I’d like to stay…

Famous Last Words

•July 16, 2009 • Leave a Comment

Now I know
That I can’t make you stay
But where’s your heart
But where’s your heart
But where’s your…

And I know
There’s nothing I could say
To change that part
To change that part
To change…

So many
Bright lights to cast a shadow
But can I speak?
Well is it hard understanding
I’m incomplete
A life that’s so demanding
I get so weak
A loveless soul demanding
I can’t speak

I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
Honey if you stay, I’ll be forgiven
Nothing you could say can stop me going home

Can you see
My eyes are shining bright
Cause I’m out here
On the other side
Of a jet black hotel mirror
And I’m so weak
Is it hard understanding
I’m incomplete
A loveless soul demanding
I get weak

I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
Honey if you stay, I’ll be forgiven
Nothing you could say can stop me going home

I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
Honey if you stay, I’ll be forgiven
Nothing you could say can stop me going home

These bright lights are always bright to me
These bright lights are always bright to me
I say

I see you lying next to me
With words I thought I’d never speak
Awake and unafraid
Asleep or dead

(How can I see, I see you lying) ‘Cause I see you lying next to me
(How can I see, I see you lying) With words I thought I’d never speak
(How can I see, I see you lying) Awake and unafraid
(How can I see, I see you lying) Asleep or dead

‘Cause I see you lying next to me
With words I thought I’d never speak
Awake and unafraid
Asleep or dead

‘Cause I see you lying next to me
With words I thought I’d never speak
Awake and unafraid
Asleep (or dead)

I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
(Or dead)
Honey if you stay, I’ll be forgiven
Nothing you could say can stop me going home
(Or dead)
I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
(Or dead)
Honey if you stay, I’ll be forgiven
Nothing you could say can stop me going home
(Or dead)
I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
(Or dead)
Honey if you stay, I’ll be forgiven
Nothing you could say can stop me going home

Disenchanted

•July 16, 2009 • Leave a Comment

Well I was there on the day they sold the cars for the queen
and when the lights all went out, we watched our lives on the screen
I hate the ending myself, but it started with an alright scene

it was the roar of the crowd that gave me heartache to sing
it was a lie when they smiled and said, “you won’t feel a thing”
and as we ran from the cops we laughed so hard it would sting

yeah yeah, oh

if I’m so wrong (so wrong, so wrong) how can you listen all night long? (night long, night long)
and will it matter after I’m gone? because you never learned a god damned thing

you’re just a sad song with nothing to say about a life long wait for a hospital stay
well if you think that i’m wrong, this never meant nothing to you

i spent my high school career spit on and shoved to agree
so i could watch all my heroes sell a car on tv
we’ve got the obvious scene, we’ll show ‘em what we all mean

yeah yeah, oh

if i’m so wrong (so wrong, so wrong) how can you listen all night long? (night long, night long)
now will it matter long after i’m gone because you never learned a god damned thing

you’re just a sad song with nothing to say about a life long wait for a hospital stay
well if you think that i’m wrong, this never meant nothing to you

so, go, go, just go, run away.
now where did you run to? and where did you hide?
go find another way…
watch you pay

woah oh, woah oh…

you’re just a sad song with nothing to say about a life long wait for a hospital stay
and if you think that i’m wrong, this never meant nothing to you, come on

you’re just a sad song with nothing to say about a life long wait for a hospital stay
and if you think that i’m wrong, this never meant nothing to you

at all, at all…

Kecantikan Itu Di Mataku…

•July 9, 2009 • Leave a Comment

Ada sebuah kisah, tentang seorang anak gadis kecil. Anak gadis ini sememangnya pelik. Dia berbicara tentang sesuatu yang langsung tidak difahami orang lain.
Anak gadis kecil yang berperangai pelik ini hanya memiliki seorang ibu, dan ibunya itu amat dikasihi serta mengasihinya. Ibunya itu tidak secantik wanita-wanita sebayanya. Ibunya itu pendek. Ibunya itu tidak rupawan.
Satu hari, ibunya membawa anak gadis kecil ini ke pekan terdekat. Untuk membeli barangan katanya. Anak gadis kecil itu amat teruja. Dia jarang mendapat peluang untuk mengikuti ibunya ke pekan. Hari itu dia pun berpakaian cantik. Rambut ikalnya ditocang dua, dan dia memakai gaun yang comel. Comel amat dia hari itu.
Sesampai di pekan, ada satu perarakan. Menyambut kedatangan ratu-ratu cantik dari desa-desa. Anak gadis kecil pun teruja. Ada belon-belon, ada patung-patung beruang besar. Dek leka itu, anak gadis kecil itu melepaskan tangan ibunya dalam lautan manusia.

Kesilapan yang tak sepatutnya dia lakukan.

Tiba-tiba perarakan itu terhenti. Ada anak kecil sedang menangis.

“Kenapa dik? Kenapa adik menangis?”

“Ibu saya…ibu saya hilang…”

“Bagaimana dik? Bagaimana rupa ibumu? Khabarkan pada kami. Bisa kami bantu.”

“Ibu saya cantik. Dia bertudung. Dia cantik. Amat cantik.”

Lantas orang ramai menyusunkan wanita-wanita yang cantik-cantik di hadapannya. Anak gadis kecil itu menggeleng.

“Tidak. Ibu saya lebih cantik.”

“Lebih cantik dariku?” tanya seorang ratu cantik.

“Lebih cantik darimu kakak. Amat cantik.”

“Jika begitu, lebih cantik dariku?” tanya pemenang tempat kedua pertandingan ratu cantik itu.

“Lebih cantik darimu kakak. Ibuku teramat cantik.”

“Jika begitu, dia pasti tidak secantikku, kerana aku adalah yang paling cantik di antara mereka yang berada di sini, benar?” muncul pula juara pertandingan ratu cantik itu dari singgahsananya yang sedang dijulang tinggi oleh beberapa orang lelaki gagah.
Semua orang berbisik. Apa cantik benarkah ibu si gadis kecil ini sehingga tidak mampu dikalahkan juara ratu cantik ini?

“Tidak. Ibuku amat cantik. Lebih cantik darimu, kakak juara. Ibuku secantik matahari di ufuk timur dan barat, ibuku secantik bulan mengambang, ibuku secantik lilin di malam hari, ibuku secantik langit dihiasi awan.”

Tiba-tiba ada suara seseorang menjerit memanggil nama si gadis kecil itu. Semua terarah ke arah pemanggilnya. Yang datang adalah seorang wanita pendek dan sederhana sahaja. Giginya sedikit jongang, dan keningnya tebal dan agak bersambung.
Semua orang tertawa. Sehingga menggigit jari tawanya. Namun si gadis kecil tidak kisah. Dia tahu mengapa ibunya cantik pada pandangannya.

“Kecantikanmu kakak, tidak menjamin kesabaranmu untuk menjaga seorang anak kecil di malam hari sehingga subuh. Ia tidak menjamin kelembutan suaramu bila anak kecil itu merengek tanpa henti minta disusukan. Ia tidak menjanjikan dodoian indah sewaktu anak kecil itu bangun dari tidur dan ketika dia hendak bermimpi. Tapi itu semua rutin ibuku.”

Semua orang terdiam, terkelu lidah.

“Ku lihat ibuku amat cantik ketika dia mendodoikanku. Dan dia semakin cantik ketika tersenyum menyambutku pulang dari sekolah. Ketika menghidangkanku makanan. Ketika memandikanku.

Ibuku cantik, kerana aku mengasihinya. Bukannya dia dikasihi kerana dia cantik.”

Dia memeluk tubuh ibunya, lalu berlalu dari perarakan itu.

Cantik itu subjektif. Yang pasti, kita hanya cantik di mata yang mengasihi dan mencintai kita. Dan yang kelihatan cantik di mata kita adalah mereka yang kita kasihi.

Tadi Siang…

•June 29, 2009 • Leave a Comment

Tadi siang, aku melihatnya. Dia hadir di hadapanku dengan senyumannya. Aduh. Rindu benar aku dengan senyuman itu. Aku ingin dibelainya seperti dulu.

Lalu, aku hulurkan tangan ingin menggapainya. Ingin mengusap wajah tuanya. Ingin mengucup dahi kedutnya. Ingin memintal uban-ubannya.

Sayang, sayang. Tanganku tak sampai. Dakapanku tak dibelai. Wajahnya masih mengukir senyuman. Pandangan matanya kekal menyejukkan. Aku ingin berada di dalam pandangan matanya lagi. Ingin ditegurnya lagi. Ingin dinasihatinya lagi.

Aku ingin mendengar suaranya lagi. Ingin lena di dakapannya lagi. Ingin memiliki haruman tubuhnya kembali. Haruman yang hanya dia miliki.

Banyak lagi kisahnya untuk aku dengari. Aku masih punya banyak janji dengan dirinya lagi. Bagaimana akan ku kotakan semuanya?

Aku terdengar suara berbisik. Bisikan yang menghantar getaran indah ke dasar hatiku. Hatiku yang dipenuhi rasa rindu.

“Selamat menimba ilmu, sayangku. Jangan mengeluh sampai kau berjaya dulu. Mama berbangga denganmu.”

Mataku dipejamkan. Menghayati suaranya. Diselubungi haruman tubuhnya.

Dan…merasai dakapannya.

Air mata keluar tiba-tiba. Aku tidak tahu ianya untuk apa. Kebahagiaan atau kesedihan. Namun yang pasti, ianya kerana aku merinduinya. Amat merinduinya. Terlalu merinduinya.

Dan air mata ini mengejutkanku. Membukakan mataku. Ah, mimpi. Indah benar mimpi tadi. Mimpi siang hari ini.

Membuatkan aku sedar tujuan aku di sini. Dan siapa yang membuatkanku ingin menimba ilmu di sini.

InsyaALLAH mama, anakmu ini tidak akan mengeluh dulu. Dan harumanmu masih dalam ingatanku.

Al-Fatihah.

Rossa-Takdir Cinta

•June 25, 2009 • Leave a Comment

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
pengusa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan kuburlah hatiku

Well…My Life For Now…

•June 23, 2009 • Leave a Comment

baru nak mengenali kawan2 sekelas aku dengan lebih elok sikit. lagipun kitorang ni dah dikira sebagai satu family. selepas dikira2 dengan segala pertimbangan yang mungkin aku lakukan, dapatlah aku konklusikan di sini bahawa kami semua ini sama saja.

gila.

tak mungkin kami boleh waras setelah dapat segala tugasan yang melambak2 tu. even orang gila yang dah semakin waras pun boleh gila balik kalau dia ditugaskan untuk menyiapkan semua benda alah ni kan?

aku tak tahu apa yang aku nak cakapkan di sini. oh ya!! baru2 ni baru aku tahu yang clas rep aku tu pandai gile berhujah. debat. berbahas maksud aku. ish. aku pun tak tahu nak cakap ape bile dengar die buat apa yang aku katakan tadi. dahsyat woh.

oklah, aku blah dulu. cancincaucendolaiskacang………